!✿ All aboUt If ✿! !✿ All aboUt If ✿!: 2012

Followers

Friday, December 21, 2012

Senyum dulu.


 
Assalamualaikum..
:)
Memang tak sangka lepas aku post entry kat blog pagi tu . Dia hantar mesej . tak sempat aku baca mesej dia tu. nama dia terpapang sebagai pemanggil. Terkejutnya aku ,dah pukul 4.** pagi dia call aku. Dua tiga kali aku tengok nama dia betul ke dia ???
Eh. Kalau aku tidur time tu mesti tak dapat dengar suara dia.. huhu…  :’) terharunya. At least dia ingat aku. Kalaulah aku tak angkat or dia just buat miss call je pun aku tetap rasa happy ..
Hmm. Aku rindu dia. Tapi aku jarang nak cakap macam tu sebab aku takut , kemudian hari .mulut ni berat nak bagitahu dia  macam tu. (Nanti2 time aku betul2 layak cakap aku rindu dia.)
Kalaulah masa mengizinkan aku n dia. InsyaAllah… Sekarang ni just focus untuk study dan study. First kena fikir keluarga.

Hmm.. rasanya macam nak borak dengan dia lama2 je.
Aku nak cerita yang dalam kelas aku ade 2 orang budak baru. Hmm.  Tak ada komen untuk diaorang Cuma harap dia akan okey dengan kita orang. Ye la daripada pst nak turun pdt tu agak macam worst sikit kan.. ye la jadi minority ni mamang agak tersisih and paling terasa bila kita tak diberi keutamaan. Sedih je rasa. Hmm… okey full stop .

Tak mahu lagi fikir pasal tu semua lagi. Sebab add math kami dicampak ke PDT .  sedih . tapi aku sayang kuliah aku. Kami keluarga. Satu kuliah yang kecik tapi ukhwah yang terjalin tu kuat. Kami saling mengenali. <3 kat post sebelum ni aku ada statekan yang aku nak mimpi yang aku tak pernah kenal dia tapi kali ni aku harap aku selalu dapat mimpi aku and dia selalu bersama dan ada keluarga bahagia (wah…!!! Overnya!!!!) sebab tak semua boleh jadi kenyataan pada masa akan datang. So, mimpi pon dah cukup rasanya.


Btw pagi tu Aku Tersenyum sorang2 sebab dengar suara dia .. rasa macam dah lama tak dengar.. :P



Monday, December 17, 2012

Cuba lagi.


Kemungkinan besar aku tangah terasa hati dengan dia, tapi aku sebenarnya berharap dia tahu (at least and contact aku.) Aku macam ni pun sebab dia jugak. Kalau la aku tak kenal dia dah lama aku tak ada perangai macam ni bila contact dengan dia. Betul!!! Aku benci ….!!!!
Sekali lagi aku cakap aku benci dia. Bila imbas balik semua yang lepas……. Sebelum ni aku just rapat dengan dia.. tapi bila makin lama kenal jadi macam ni pulak. Salah sape ni?? Facebook punya salah ke. Huh, may be.

Aku benci sebab DIAlah ORANG YANG BUAT AKU hilang semua rase sedih... n DIA JUGAKlah ORANG YANG BUAT AKU MENANGIS.!!! 

jadi bila aku menangis aku dah tak perlukan dia (...hmmm.. ye la..dia dah tak ada masa, so, jangan ganggu dia. jangan bagi tahu dia. jangan berharap pada dia . sebabnya dialah punca aku jadi macam tu. yup. betul tu.) 
Aku tak harap pun dia akan baca post aku ni… YUP, aku tak harap pun sekarang ni dia ada masa untuk baca semua ni. TAK HARAP PUN DIA ADA MASA BUAT MASA TERDEKAT ni UNTUK AKU. SO, AKU TAK BERHARAP PUN!!!!
(Aku benci dia dah mula tak ada masa dengan aku, aku benci dia buat macam ni. Aku benci sebab aku kena faham yang dia tengah sibuk . Aku benci sangat jadi orang yang memahami. Aku benci sangat bila aku terpaksa mengalah bila aku mengajuk.Tipu!!! yang betulnya, AKU BENCI BILA AKU "terpaksa" MENGAKU YANG AKU NI, MEMANG BERHARAP DIA BACA SEMUA NI. nak sangat dia tahu.(dia memang dah tahu sebenarnya yang aku ni macam ni...) hmmm...)



Aku kena sabar lagikan???
aku tahu tu... 
Aku lah yang kena faham .. okey aku dah boleh terima sikit2 ... 
Tak pe. Terima Kasih aku pun tengah study. mesti fokus... 
///////////
aku cuma nak satu mimpi je. 
.. 
MIMPI AKU TAK PERNAH KENAL DIA SEUMUR HIDUP. (overnya mintak... betul2 nanti.xpe la mimpi je kan...)







Saturday, November 24, 2012

ordinary things or biggest ..


Alhamdulillah , hari ni aku masih bernyawa dan diberi peluang bernafas. Alhamdulillah, hari ni Sabtu 24/12/2012 majlis perkahwinan abang berjalan lancar. Alhamdulillah .

Sebenarnya post kali ni sepatutnya minggu lepas lagi dah siapkan tapi aku tak berjaya pulak nak postkan .

Benda pertama yang tarik aku untuk menaip dan mengarang post ni sebab hmmm... susah nak cakap . tapi rasa dia lain sangat kalau tengah duduk2 tak ada benda nak buat. (tak sibuk.)
 <---- yang penting sebabnya aku bosan. kalau tak sibuk....
hmmmmmm.......... wordless jap.

^
|
hmmmmm... betul la tu... tiap masa.. xpernah rasa bosan...



just nak dia spend sikit masa dia... (may be aku tak cukup faham dia... walaupun aku tahu..)

Tapi aku tak se'busy' dia.
^
|
hope dia cakap macam ni kat aku selalu.. >.<



 <---- Rindu nak dia buat macam ni...


Dalam tempoh yang agak lama ni , aku cube setia pada yang belum jelas untuk aku
tapi betul ni?? once aku pernah rase jugak... ----> 
tapi tak dapat nafikan aku sunyi . nak perhatian. (untung jadi budak2 dapt perhatian lebih kan......macam 'budak kecik' aku jelez ....) "Nim nak jadi adik pulak boleh" hmm..


tengok ni pulak..
|
V
dia -----><----- dia
    ^
sebabkan dia | macam ni..
teringin dia dengar ni...


jujurnya.. aku betul2 tak tahu benda yang dapat halang aku n dia untuk terus macam sekarang ni , nanti. tapi yang pasti kematian .

Untuk Hero : Tak pe kalau sesekali anim ngalah . sebab abang dah banyak menggalah kan? tapi maaf sangat2.


Saturday, August 25, 2012

Jahatnya.

 
sudahlah tu.. pergi tidur sekarang!!!! pagi nanti dah nak balik pilah balik... (~.~ )




Assalamualaikum.
Takziah buat Hero , yang kehilangan neneknya. pada malam hari raya pertama. Anim pun turut terkesan.
hmm.. Tarikh : 19 Ogos 2012 .
:( sedih xde kat situ ...
alfatihah buat nenek..

Sebelum Balik Matrik ... 
hmm.. hari ni (ahad dah. jam 2.07am) ... hmm.. tak sebenarnya dari semalam lagi aku terasa dengan dia...
arhhh... aku marah kat diri sendiri sebab berharap sangat dia contact aku... arhh... padan muka.. >.<

Again...
arhhh... tak sukanya perasaan ni.. ='(
dah lah hari ni je cuti aku tinggal. aku harap jam2 yang berbaki ni, dapatlah aku contact dia... .. tapi aku tak rasa dia akan ade masa untuk aku..
hhmm... tak pe kalau dia just hantar mesej "tengah sibuk" "hari ni penat" bagilah hints paling tak . then baru lah aku tahu yang hari ni tak sesuai aku kacau dia......

(ish.. mula nak nangis)
"hmm... offlah handset tu..." cakap kat diri sendiri
----->   (-___-")
hmmmmmmmmmmm.....
"My heart skips ..when see your names. instantly smile ,when i see a text from you, don't care what's in it. it's amazing+happy+excited to know i crossed your mind even just for second..."

Tak pe... 5+++ tahun lagi ??
Kat tempat baru nanti...
Study baik2... Anim pun dalam usaha mencapai apa yang nim nak.. tu sume sebab anim nak jadi anak yang baik  tuk mak ayah dulu..... we have to struggle hard..


hmmm... this is my conclusion..
the longer that i wait, the more that i'm afraid.that's some1 gonna fool your heart and take you away.

message me if your have read this .. immediately .. 
sori for "... jangan cakap dengan anim .."
that all...



Tuesday, August 14, 2012

Hello....

Banyak betul nak cakap . huhuhu..
maaf hero. Nim terlampau terus terangkan??
nak buat cam mana anim suka nak bercakap bila dibagi peluang.
(guna kan peluang dan ruang yang ada..)

http://ungu2aku.blogspot.com/2011/05/im-his-angel-your-my-hero-n-he-is-my.html
 entry ni nim tulis pasal hero nim :)
. lepas nim tulis entry ni.. entry berikutnya banyak pasal hero. anim dengan hero contact tak la lama sangat tapi dah 1 tahun lebih dahkan?...
eh. anim ada bagi tau nim check balik inbox kan?, nim senyum sorang2. bila baca balik. then, terdetik kat hati ni " eh. peliknya.. " betul2 macam budak2 je nim kan.agaknya hero ingat tak lagi time dulu dia pernah cakap kalau nak carik mama baru.. kena tanya aku.. hmm.. bila bace balik aku senyum sorang2 sebab rasa kelakar sangat. kenapa sampai camtu sekali perangai manja aku ni??.. cukup2 aku malu dah berperangai kebudak2 kan lagi.

nim terfikir.Sejak Hero kenal anim. apa yang dah anim bawak untuk hero? anim dah serabutkan dunia Hero??  hmm..bersalahnya dan menyesalnya kalau anim just bawak banyak yang negative je..
Masa baca balik tu nim sedar something n nim puji hero sebab "setia pada yang tak ada" ingat lagi ??
hmm. terfikir2 jugak. untunglah orang yang hero pilih satu hari nanti tu.

hmm.. lepas hantar mesej terakhir tu.. anim padam no hero. tpi anim tak delete pun mesej hero. anim sayang sangat mesej2 tu..paling tidak anim dah delete name hero dalam phonebook anim. biar anim tak cari lagi no dia.
mula salahkan hero sebab tak contct. tapi anim tak de hak nak marah. lagi pon anim tak boleh marah tanpa sebab .
- dulu hero kata xnak contct lagi .. anim marah hero.. memang anim marah sangat sebab hero buat anim nangis. (tu pun kalau hero masih ingat la..).. kalau hero ingat lagi.. anim kata dia teruk banyak kali. teruk3333...
tapi sekarang ni... anim tak boleh marah hero...sebab JANJI!!!
anim still tunggu tapi tak berharap sangat. sebab anim yg buat janji kat hero yg anim kena dapatkan 3.5 ke atas dulu baru boleh call dia balik.lain la kalau hero yang contct anim dulu..tu pun kalau dia ingat anim..tapi macam mustahil je... hmm.. kena lah banyak berusaha n bersabar. Anim selalu doakan mak ayah family dn hero berjaya dengan apa yang mereka buat.kalau anim rindu mereka semua anim terus rase nak nangis n doakan mereka....
Hero...
pepon, 1 step lagi kalau teruskan usaha tu mesti abg dapat balas balik apa yang family abg dah bagikan.
nim pon nak buat benda yang sama. hmm.. tapi sebelum tu macam entry2 yang lain. anim nak sangat 3.5 above!!
buat masa ni. Anim pegang pada janji nak pergi jalan2 . kalau satu hari tak tercapai janji tu. anim still akan simpan janji tu... :)

baru tadi hero send mesej. map sbab sekali lagi anim panggil teruk...
Rindu ayah pada cik Dessert tu..

Aku Balik Beraya ni.

Assalamualaikum.

Hari ni aku teringin sangat nak catat blog untuk dua person ni.
pertamanya nak cakap yang Hei!! Anim balik ni.

1st .Hero.
Anim dah rasa dah ape yang hero rasa kat matrik. btw. awal2 memang agak susah tapi tak sampai seminggu kuliah Anim dah mula biasa dengan keadaan sekeliling. Kat sana nim banyak kali marah sebab hero langsung tak contact nim. tapi mekasih dah explain kat nim. mekasih sebab fikir untuk kebaikan anim kan. Tapi ade masa nim perlukan jugak teks2 daripada hero. Sebab nim selalu negative bila ada topik yang nim tak faham. so, nim memang perlukan sangat2 semangat untuk terus study.
Anim betul2 terdesak nak dapatkan 4.0 (terdesak??may be perkataan yang sesuai nak sangat2 kot??) hahaha.. anim harap anim dapat. paling tak pon nim nak capai 3.5 n above. Doakan anim .. anim nak jadi miss.4.0 untuk tiap2 sem.

Hero, anim xdapat bayangkan kalau tu sume jadi anim mesti gembira sangat2. tah macam manalah keadaan tu kan?? hero dah pon alami tu sume. alhamdulillah. hero kongsi kegembiraan tu je pon anim dah gembira sangat2. then, hero bakal ke UTM?? owh.. tinggalkan anim lagi. :(
huhuhuh.. mesti kat sana dia lupakan aku then, mula fokus pada isteri2 tercinta dia n mesti lagi happy kat sana . huh. sedih nya. tak suka macam ni.
BTW, nim try buat yang terbaik. kalau tak better hero tak kenal anim.
sure lah untuk mak ayah. family anim. sure jugak sebab anim xsuke bila compare result nim n hero ade gap yang besar kat situ. that y lah. nim tak pernah berhasrat nak tukar modul. (tapi cikgu marlia cakap lelaki belajar sikit dapat banyak. but perempuan susah sikit.cume kalau rajin insyaAllah dapat. so, anim akan rjin 1002 kali rajin.


2nd. Cloud.
Spm macam mana? tadi cloud ade chat nim kan. :)
mekasih still ingat. percayalah nim dah better. i'm tough enough k. cloud pon mesti camtu.
jangan rasa bersalah sangat k. kalau benda tu sume tak jadi .. nim mungkin tak kenal Hero n kawan2 baik anim yang lain. mekasih . anim doakan cloud akan better . perlahan2 k.
*kalau nak tahu anim n Hero dulu ade buat perjanjian. Hero tak nak anim terlibat dengan benda2 yang boleh buat nim sedih ni, so dia suh nim janji xbercinta or xsuke dengan sesapa pun tahun tu je. then anim free.. huhuhu.. (obey jelah..)
sebab janji tu. sume benda nim lupakan. nim cuba , nim fokus pade stdy. tapi dh lambat nak kejar balik. tgok result keluar pon cukup2 je untuk masuk matrik.
hidup kat matrik tu best. kat situ semua orang rajin2 n nak 3.0 dan keatas untuk layakkan diri sambung stdy lagi. Nim teringin sangat jadi junior Hero sekali lagi,tapi kat UTM (eh layak ke?? hmm.. nim try ) Cloud pon jdilah junior nim kat matrik nanti.. hahaha.. (rasa dah tua je).

Belajar daripada kesilapan. Hidup ni umpama roda. Hari ni kita buat silap pada orang. esok Orang lain buat benda yang sama pada kita, tapi jangan lupa. lepas semua tu jadi,jadi orang bijak dengan perbaiki keadaan tu. 

satu hari, kita tinggalkan seseorang, tiba masanya. orang lain pulak yang tinggalkan kita.tak sangka bila sedar benda tu dah berbayar pun... lepas tu semua jadi. percayalah Allah bagi lagi pada kita sesuatu.yang better depan mata. jangan persiakan ia. hargai dia jangan sampai kita menyesal , dan sedar yang "dia" adalah yang terbaik pernah kita ada.




Friday, July 20, 2012

:)




Tak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.

-Tentang cinta, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-

moga apa yang dirancang dapat dicapai.


Saturday, June 30, 2012

Semyum :)

Aku manusia biasa je. Jenis yang suke terus terang (tengok keadaan la..).
26 hb hari tu. akhirnya aku dapat tersenyum.
pagi tu tengah2 study math. aku dengar je bunyi mesej masuk terus check. ^^, 
aku terus nangis.. wuuuaaaaaaaaa.................... lama jugak kot aku nangis.


akhirnya aku boleh study dengan senang hati. Alhamdulillah walaupon mesej tu tak dapat baca sampai habis tapi sebanarnya tu dah memadai .still dapat buat aku tersenyum setiap kali study. terima kasih. aku harap dapat  capai ape yang dah dijanjikan. 
....hmmmm......
jujur...
aku memang rasa sunyi selalu ... time mula rasa macam tu, aku cepat2 bukak balik mesej tu  (suke hati la nak buat pe pun kan.)..lepas tu tersenyum sorang2  .. bila hati dah terubat aku sambung buat kerja balik.. hmm.. memang mesej tu dapat bagi aku semangat . 
 kadang2 aku menangis sebabnya memang tak pasti.. hmm.. mungkin sebab aku sunyi sangat. 
aku telefon mak . aku rasa nak nangis tapi aku tahan. aku cume rindu orang yang terdekat. walaupun tak jauh tapi ... terasa sangat2 jauh bila aku rasa stress sangat. tak ade tempat ngadu.. hero xde lagi buat masa ni. yup. buat masa ni aku tak ada hero lagi.. 

Bila ingat balik..hmm.. Janji tu.... 
Betul ke??? ke just nak senangkan hati aku je...??
Hmm.. aku sebenarnya tak nak fikir bukan2 sebab aku bukan baru sangat aku kenal dia.
dekat tempat baru ni.. aku memang kadang2 cemburu dengan kawan2 lain yang mana dah mula bercinta tu. bukan sebab cemburu tengok diaorang buat dosa . tapi sebab dekat sana diaorang ada orang yang teman time study. tapi aku pulak xada sorang sahabat mahupun hero hantar mesej suruh aku study n jangan malas... selalu aku ingat kan diri "eh. .. ni bukan masanya.. jangan fikir macam2.. tolong la..ingat janji tu.
Tolonglah hati.. cepatlah tenang. " 




ada tu aku tetap "terhantar" mesej ngadu something pada hero. walaupun tahu dia tak akan balas..


serius nak sangat capai janji tu. 





Saturday, June 16, 2012

Study

Assalamualaikum..
hmm... dah lama tak update. tapi tak pelah bukan masalah besar kalau tak update blog ni pun.
bulan lepas merupakan kali pertama aku jejak kan kaki  kat Matrik tu. awal2 lagi time orentasi jadual tersangat la padat dan sesak.orang yang sentiasa aku ingat  tentu2lah mak ayah dan tentu2 jugak aku ingat pada hero . kalau kat sana lepas telefon mak ayah aku akan terus contact hero.Malangnyaa bila dekat sana mesej aku tak berbalas. so, aku beranikan diri call terus.. mungkin lagi senang kalau macam tu. Sejak tu aku just call je kalau nak contact dia. serius sangat2 dah macam hobi baru kat kmns dah asyik call hari2.. but now, aku dah berjanji pada diri aku. try avoid hobi baru aku ni..tambahan lagi dia asyik sibuk. rasanya tak kurang daripada 5 call barulah dia akan angkat .


tujuaan aku elek contact dia just sebab :-


  • tak nak sakit hati bila dia tak angkat call.
  • tak nak ganggu dia.
  • nak fokus pada study.
  • saja latih diri supaya lebih pandai berfikir untuk diri sendiri (tak perlu bebankan hero dengan masalah aku)
Tujuan call dia selalu :
  • Nak hilangkan penat. 
  • nak datangkan semula semangat nak study.
  • nak tahu apa yang dia buat.
  • Nak share cerita dengan dia .
Tapi sekarang ni aku dah berjanji pada diri sendiri. kalau aku dapat 3.5 keatas baru aku boleh contact dia balik. kalau tak, aku sendiri pon tak tahulah macam mana. mungkin aku akan terus tunggu dia contact aku balik je. serius aku ada jugak terfikir .. kalau aku tak contact dia, dia contact aku ke..
Walau apa pun aku sentiasa doakan dia capai apa yang dia nak. aku still ingat lagi dia ada bagi tahu yang dia nak berada dalam bidang kejuteraan. kimia. dah lama dia cakap benda tu. Tapi 29/5 hari tu result keluar then, dia kata dia kena pilih 2pilihan ni. 1st tentu2 apa yang dia nak. 2nd pilihan parents dia tak silap.
Bila dengar perkara tu. aku terdiam sekejap. Bukan senang nak dapat 4.0 tu. then, bila dah dapat nak pilih pulak tu bidang apa yang nak ambik. bunyi macam susah je bila kita dah ada target sendiri.(bidang yang kita nak)
hmm.. aku pun bangga terhadap dia. alhamdulillah dia dah cipta satu kejayaan dalam diri dia. sebetulnya aku tersangatlah cemburu  bila dia peroleh keputusan tu, Semalam dan hari2 sebelum aku nekad hantar mesej tu pada dia. aku menangis sebab aku perlu kuatkan diri. kalau boleh nak buang semua perasaan yang aku simpan . Kalau dulu aku selalu jugak menangis depan dia (dalam phone ..) tak pastilah dia perasan or tak.. tapi aku dah terlalu bergantung sangat pada dia. aku takut satu hari nanti aku tak ada peluang nak buat macam tu lagi bila aku perlukan .).. ..

Bila telefon dia.. aku harap dia dalam keadaan baik. hehe.. selalunya aku dapat rasa aku sedang mengganggu dia. Tapi aku tersangatlah pentingkan diri. sebab bila aku mula berbual aku rasa banyak beban aku hilang.. terima kasih sangat2.. maafkanlah (aku tak pasti dia suke atau tak aku call dia..sebelum ni...hmmm... maaf)
Betul ke dia nak tinggalkan aku , biarkan aku jadi macam awal2 dia kenal aku??
bagi aku dia cukup baik. aku percaya pada lelaki yang tak nak suke buat perempuan menangis
aku pegang kata2 orang sekelilingku. aku masih lagi pegang kata2 dia . "nak bawak aku jalan2"? hmm.. kalau tu semua tak terjadi kenyataan aku mungkin akan terima tapi aku tetap pegang sebagai janji yang tak tertunai.
kalau betul aku akan hadapi benda ni . bagi aku ruang untuk bersiap sedia.. ^^,
yang pasti aku just nak terus tersenyum bila orang terdekat dengan aku yang kenal dia . bertanya perihal dia.
akhir kata : akan try yang terbaik . Doakanlah diri ni..

Monday, May 14, 2012

Love means what?

IU & Yoo Seung Ho - Believe in Love ..  dah masanya tukar lagu blog ni..
hmm.. susah nak cakap sekarang ni.. tapi rasa betul2 bosan.. hmm.. sabar je la.. kenapa pun tak tahulah.
Pepon Tajuk lagu tu memanggil aku untuk berfikir sekejap pasal L*** ni.

Baru-baru ni ade terbace pasal sorang hamba Allah yang umumkan, dia nak bunuh diri .. Eh. Tak tahulah kalau2 FB dia kena hack . Tapi yang pasti sebab dia nak bunuh diri tu memang pasal L*** tu. Ada terjah jugak blog dia. Dekat situ ada banyak Kata2 yang agak Islamik sikit.. (tapi dicatat pada 2010 lah..) punyalah lama.
hmm.. aku pun pernah kecewa jugak.. rasanya ramai yang macam tu.. tapi apa nak buat, Korang ramai lagi orang tersayangkan. Daripada pilih orang yang belum ada pertalian dengan kita baik kita sayang family kita lebih2..  Saya sayang Mak ayah abang angah adik other family (yang terdekat)  Hero kucing2  kawan2 baik Cikgu Bio Cikgu2 n Sesape je lah lagi ..


Apa nak buat ek.. Hero hilang.. hmm.. nak contact aku segan..





Ish.. Ke aku ada buat silap???????????
hmmm.....
Buat aku tersenyum sorang kalau imbas balik mula2 kenal tu.. dalam tak kenal time tu ..boleh pulak tercerita masalah dekat dia.. hmm.. segannya ..
time silat ada nampak dia.. hehe.. tapi dia nampak kawan aku je..
(kita tak pernah jumpe depan2 pon kan)
ingat lagi, aku mintak bukan2 ---> aku mintak choki2 sebelum exam spm... 
tapi tak dapat.. hmm.. xpe la faham dia sibuk n macam mana nak bagi kat aku kan..
tiap kali lepas solat aku suke termenung kejap. 
contact dengan dia pun dah boleh kata lebih setahun.. hmm..

Mana orang yang selalu ada dengan aku??


L*** ni perkataan yang paling aku tak suke sebut. Sayang pun tapi kalau setakat menaip macam ni no hal la.. aku lebih suke perkataan SUKA..
tak tahu lah kenapa. mungkin setiap kali tengok status orang kat FB tu rasa meremang..Suke lak dia macam umum sikit.. Hehehe.. (=.=') 

Eh.. Kejap je masa ni berlari.. Dah nak dekat bulan 6.. hmm.. kat bulan tu..
ada tarikh2 yang penting... 
  • tarikh penting untuk aku
  • tarikh penting Hero
  • tarikh penting Abang aku.


 Bila rasa BERDOSA ucap Astagfiruallah..

Bila tidak JANJI ucaplah Insyaallah..
Bila rasa tidak BERDAYA ucaplah Lahaulawalaquwataillabillah..
Bila rasa BERSYUKUR ucaplah Alhamdulillah..



"Orang yang baik itu bukan orang yang tidak pernah berbuat salah tapi orang yang baik itu adalah ketika dia berbuat salah, dia menjadikan kesalahannya sebuah pelajaran untuk tidak berbuat salah lagi".

Kerana tanpa adanya sebuah kesalahan kita tidak akan pernah mengerti apa itu makna kebenaran..


Sunday, May 13, 2012

Peliknya Perasaan Ni..

Assalamualaikum..

Hari yang dinanti2 dah lepas. Hero??
Eh .. tak dapat contact... ya, Allah.. sedih betul.. rasa kehilangan kot.. kalau dia kata dia sibuk okey fine .. Tak nak ganggu dan tunggu dia.. tapi kalau dah tak contact bagi tahu apa2 .. agak terasa sikit.. hmmm..
Apa pun baru2 ni.. dalam dua hari yang lepas , berkesempatan chat dengan dia.. Eh.. kesian dia kena teman sampai pukul 3 sebabnya aku tak dapat tidur. Time area pukul 3pagi janji nak offline.. ye la dah lewat..


Hmm.. baru nak borak2 sama.. Sedih betul.. bila dia nak "datang balik"???

Lepas ni. Tentu sibuk.
Tak kan dapat "jumpe" (borak) macam sebelum ni...



Friday, May 4, 2012

Bosan Teramat

Okey terima kasih sebab terlalu bosan..
cuti dah nak abis ni..
28 nanti dah nak daftar matrik.
so, baki cuti ni tersangat la sikit. kenapa tak daftar lepas birthday aku... wuaahhhh...
sodih nya...
serius bosan..
manalah agaknya Hero ni...
malas lah nak kacau dia lagi..
nak kesan pon xdapat macam mana nak kacau.. =.='

Thursday, April 12, 2012

Apabila Rasa Ini DiTarik Semula..

 ALHAMDULILLAH.. ALLAH masih memberi peluang kita bernafas pada saat ini.
Percaya atau tak bahawa setiap saat yang kita lalui ni adalah sebuah nikmat daripada-Nya.
Subahannallah... Banyak betul nikmat yang DIA bagi pada kita.nak ucap ALHAMDULILLAH pon berat kan..
hmm.. baru2 ni.. ada gempa berlaku.. agaknya tah bila tah Hari tu akan tiba. Sangat2 menakutkan.. Terasa tak sanggup nak lalui Hari2 terakhir atas muka bumi ni..

Hidup Pada Akhir Zaman Perkara Yang Sangat Sukar , Dan Perkara Paling Menakutkan Adalah Hidup Pada Hari Khiamat...
hmmm..



Wednesday, April 11, 2012

(>_<) Bosannya ..

Lama lagi nampaknya cuti.. tapi nanti bila dah abis cuti ni sibuk pulak nak cuti lagi..
arhhh...
tak suka betul... hmmm...
Tapi .. Sekarang ni..
Dah Mula Bosan Teramat Duduk Rumah..
tapi dalam masa yang sama malas nak buat kerja rumah...
HUHUHU..ingatkan diri jangan malas2... >.<


Dan Akhirnya aku terpaksa cari Benda Lain untuk isi masa lapang..
sampai sekarang hobi baru tu berhasil jugak buat diri ni hilang bosan.
kadang2 sampai tak nak bergerak buat kerja lain..
hehehe.. teruk jugak aku ni..


BTW Alhamdulillah aku dah berbaik2 dengan kawan baik aku tu... kalau tak ada dia mungkin bertambah bosanlah hidup aku ni.. :)

Wednesday, February 1, 2012

Rindu Hero Saya

Assalamualaikum...
Aku rindu blog tempat aku luahkan perasaan ni.. serius rindu sangat2..
Aku join kem 4 hari 3 malam.. then, mula jarang contact si Hero.. hmm.. aku rasa jauh sangat dengan dia..
aku tak tahu kenapa rasa jauh macam tu sangat..tapi.. aku rindu dia jugak dalam masa yang sama.. arhhh... rindu dia sangat la.. hmmm..
rasa lama tak contact dia... hmmm...

Monday, January 23, 2012

MY PRINCE CHARMING

Huhu,.. bosan nya.. napa bosan sangat ni.. nak sekolah balik... nak naik tangga yang banyak tiap2 hari macam dlu... serius... Aku rindu sekolah.. aku rindu Cloud , Prince Charming... n other...


rindu nak minum air kotak kat koOp n makan kat astaka dengan baju sekolah...
='<


that all.. btw apalah yang hero buat sekarang... hmm...



Friday, January 6, 2012

After School~~

Hhuh... ingat tajuk tu aku nak tulis entri pasal group korean ke?? bukan la.. =P aku just nak bagi tahu aku.... sunyi kalau tak contact Hero dan kawan2 aku yang lain  sebab kredit low sangat kali terakhir reload dua minggu hingga 3 minggu lepas aku tamat paper BIO.. tapi tak pe la kot sebab Hero dah tentu2 dia tengah study sekarang ni.. kawan aku yang lain dah ade program masing2.. hmm.. serius aku tak reload2 kredit aku .. tak tau nak suruh sape tolong reload kan..ahhrrrr tension.. but relax je la.. nanti keluar aku reload balik.. huhuhu.. btw pernah tak korangnya kawan mintak tolong reloadkan .. dia memang akan bayar balik but .. masalahnya korang yang tak ade kredit ni pon xkeluar2 rumah langsung untuk reload ...
pasal duit untuk reload no hal.. but macam mana nak bagi tahu dia yang korang tak keluar n.. ade masalah nak tolong dia reload.. :( nanti cakap xpercaya... serius sangat yang aku jenis xkeluar rumah.. then, aku dah hilang komunikasi yang baik dengan other family member.. ye la.. dia orang yang rajin keluar ni adik n abang so, bila nak kirim something aku akan tunggu dia orang cakap "nak keluar ni..nak mintak ape2 tak??" hah ..like that la .. tapi selalu yang rajin nak tanya macam tu abang la... yang lain2.. tu kita kena cakap sendiri.. huhu..then. mak.. sebelum mak keluar date dengan ayah (sebtulnya aku yang tak nak follow diaorang) mak mesti tanya "alang betul tak nak ikut? hmm.. nak ape ?? coklat??" huhu.. best betul kan.. mak dah tahu je apa yang aku nak.. tapi kadang2 aku tolak sebab tu aku tak tahu kenapa ..(pelik kalau aku tolak sebab aku giler dengan coklat) hmm.. OKEY .. balik pada cerita kawan aku tadi tu... akhir sekali aku kata "insyaAllah kalau keluar.." aku takut nak cakap "boleh" sebab tu bagi dia harapan walaupun dalam masa yang sama "insyaAllah" tu pun macam janji jugak tapi .. aku serius tak keluar.. hope dia faham.. ='(